VIDEO – [Durasi – 8m 44s] – [ADAB]-Siri 13-Orang Yang Menghubungkan Tali Silaturrahim, Allah Akan Menghubunginya[HADITH TEMATIK]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/j50RMtnxUTA ]
Video penuh asal –
• Sesi 2 – Derhaka Kepada Kedua Ibubapa Term… [ Sahih al-Bukhari – Kitab Adab ]
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – ORANG YANG MENGHUBUNGKAN TALI SILATURRAHIM, ALLAH AKAN MENGHUBUNGINYA
باب مَنْ وَصَلَ وَصَلَهُ اللَّهُ
حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، أَخْبَرَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي مُزَرِّدٍ، قَالَ سَمِعْتُ عَمِّي، سَعِيدَ بْنَ يَسَارٍ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْخَلْقَ حَتَّى إِذَا فَرَغَ مِنْ خَلْقِهِ، قَالَتِ الرَّحِمُ هَذَا مَقَامُ الْعَائِذِ بِكَ مِنَ الْقَطِيعَةِ. قَالَ نَعَمْ أَمَا تَرْضَيْنَ أَنْ أَصِلَ مَنْ وَصَلَكِ. وَأَقْطَعَ مَنْ قَطَعَكِ. قَالَتْ بَلَى يَا رَبِّ. قَالَ فَهْوَ لَكِ ”. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ” فَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ {فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ}”.
حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” إِنَّ الرَّحِمَ سُجْنَةٌ مِنَ الرَّحْمَنِ، فَقَالَ اللَّهُ مَنْ وَصَلَكِ وَصَلْتُهُ، وَمَنْ قَطَعَكِ قَطَعْتُهُ ”.”.
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلاَلٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي مُزَرِّدٍ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ رُومَانَ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” الرَّحِمُ شِجْنَةٌ، فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ، وَمَنْ قَطَعَهَا قَطَعْتُهُ ”.
Orang Yang Menghubungkan Tali Silaturrahim, Allah Akan Menghubunginya
Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk hingga bila Dia selesai daripada menjadikan makhluk-Nya, ketika itu rahim berkata, “Inilah tempat berdiri orang yang berlindung dengan Engkau dari memutuskan silaturrahim”. Allah berkata, “Ya lah! Kau tidak sukakah Aku akan menghubungi orang yang menghubungimu dan Aku akan memotong orang yang memotongmu”. Rahim berkata. “Iya lah tuhanku! (aku berpuas hati)”. Maka Allah s.w.t. berfirman, “Itu hak engkau”. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bacalah kalau kamu mahu, (Surah Muhammad, ayat 22, bermaksud), “Dengan meninggalkan perintah Allah, maka adakah tidak akan dibimbangi kamu, jika berkuasa, akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan perhubungan rahim”.
Hadith Kedua – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., sabdanya, “Rahim itu adalah satu tali (ikatan) daripada tuhan ar-Rahman”. Allah berfirman, “Sesiapa yang menghubungimu akan Ku hubungi dia dan sesiapa yang memotong engkau, akan Ku potong (putuskan) dia”.
Hadith Ketiga – Diriwayatkan daripada Aisyah daripada Nabi s.a.w., sabdanya, “Rahim itu adalah suatu ikatan. Sesiapa yang menghubunginya, Aku akan menghubunginya dan sesiapa yang memotongnya, Aku akan memotongnya”.
[RINGKASAN] Orang Yang Menghubungkan Tali Silaturrahim, Allah Akan Menghubunginya
1. Orang yang menjalinkan hubungan rahim (hubungan kekeluargaan), Allah s.w.t. akan menjalinkan hubungan dengannya.
2. Setelah Allah selesai menciptakan makhluk-Nya, “rahim” berkata, “Inilah tempat berdiri orang yang berlindung dengan Engkau dari memutuskan silaturrahim”. Orang yang tidak memutuskan hubungan silaturrahim berada di sini dan tidak mahu meninggalkannya. Allah memberi jaminan kepada “rahim” bahawa Dia akan menghubungi orang yang menghubungi rahim (hubungan kekeluargaan) dan memutuskan dari-Nya orang yang memutuskannya. (Ini bermaksud, orang yang menjaga rahim [hubungan kekeluargaan] akan dijaga Allah, dan orang yang memutuskan hubungan rahim, Allah tidak akan menjaganya). Dengan ini “rahim” pun redha.
3. Dalil Allah bersungguh-sungguh supaya manusia menjaga rahim (hubungan kekeluargaan) adalah ayat al-Quran (Surah Muhammad, ayat 22), yang bermaksud, “Maka apakah sekiranya kamu berkuasa (atau berpaling dari ketaatan), kamu akan berbuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan (silaturahim) kamu?”. Beginilah sifat manusia, kalau dia diberi kuasa, dia akan bertindak sewenang-wenangnya dan lupa kepada tanggungjawabnya. Adalah dibimbangi, bila berkuasa, mereka tidak mengikut perintah Allah dan mereka akan melakukan kerosakan dan memutuskan hubungan rahim. Apa yang diperintahkan Allah kepada manusia ialah bila diberi kuasa hendaklah, antaranya, berbuat kebaikan dan kemakmuran, baiki yang tidak baik dan jaga hubungan rahim supaya keluarga hidup harmoni.
4. Hadith kedua, riwayat Abu Hurairah, rahim itu adalah suatu ikatan (tali) daripada tuhan ar-Rahman. Sifat rahmat Allah itu datang kepada kita bila kita menjaga hubungan rahim (hubungan kekeluargaan). Jika kita putuskan hubungan rahim, kita telah memutuskan tali hubungan dengan rahmat Allah. Allah berfirman, “Sesiapa yang menghubungimu (rahim) Aku akan menghubunginya dan sesiapa yang memutuskan engkau, Aku akan memutuskannya”. Hidup kita ini amat memerlukan rahmat dan kasihan belas Allah.
5. Hadith ketiga, riwayat daripada Aisyah r.ha., rahim itu adalah satu tali, sesiapa yang menghubungi tali ini, Allah akan menghubunginya. Sesiapa yang memutuskan rahim, Allah akan memutuskannya. Rahmat Allah kepada seseorang bergantung sama ada dia menghubungi atau memutuskan rahim (hubungan kekeluargaan).
6. Orang-orang yang menghubungi rahim adalah orang yang beradab. Mereka mempunyai peribadi yang tinggi yang mahal harganya walaupun tidak mempunyai kecantikan rupa paras ataupun perhiasan-perhiasan luaran.
