[HADITH TEMATIK – NAFKAH] – Siri 3 – Simpan Makanan Setahun Untuk Keluarga Dan Bagaimana Berbelanja

VIDEO – [Durasi – 19m 35s] – [HADITH TEMATIK – NAFKAH] – Siri 3 – Simpan Makanan Setahun Untuk Keluarga Dan Bagaimana Berbelanja

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/l9OcaO5nr_M ]

Video penuh asal – Sahih Bukhari (Kitab Nafkah) – • Sesi 2 – Menyimpan Makanan Setahun Untuk A…

[KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – SESEORANG MENYIMPAN MAKANAN SETAHUN UNTUK AHLI KELUARGANYA DAN BAGAIMANA PERBELANJAAN KEPADA ANAK-PINAK

باب حَبْسِ نَفَقَةِ الرَّجُلِ قُوتَ سَنَةٍ عَلَى أَهْلِهِ، وَكَيْفَ نَفَقَاتُ الْعِيَالِ

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ سَلاَمٍ، أَخْبَرَنَا وَكِيعٌ، عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ، قَالَ قَالَ لِي مَعْمَرٌ قَالَ لِي الثَّوْرِيُّ هَلْ سَمِعْتَ فِي الرَّجُلِ يَجْمَعُ لأَهْلِهِ قُوتَ سَنَتِهِمْ أَوْ بَعْضِ السَّنَةِ قَالَ مَعْمَرٌ فَلَمْ يَحْضُرْنِي، ثُمَّ ذَكَرْتُ حَدِيثًا حَدَّثَنَاهُ ابْنُ شِهَابٍ الزُّهْرِيُّ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ عُمَرَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَبِيعُ نَخْلَ بَنِي النَّضِيرِ، وَيَحْبِسُ لأَهْلِهِ قُوتَ سَنَتِهِمْ‏ .

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ، قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي مَالِكُ بْنُ أَوْسِ بْنِ الْحَدَثَانِ، وَكَانَ، مُحَمَّدُ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ ذَكَرَ لِي ذِكْرًا مِنْ حَدِيثِهِ، فَانْطَلَقْتُ حَتَّى دَخَلْتُ عَلَى مَالِكِ بْنِ أَوْسٍ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ مَالِكٌ انْطَلَقْتُ حَتَّى أَدْخُلَ عَلَى عُمَرَ، إِذْ أَتَاهُ حَاجِبُهُ يَرْفَا فَقَالَ هَلْ لَكَ فِي عُثْمَانَ وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ وَالزُّبَيْرِ وَسَعْدٍ يَسْتَأْذِنُونَ قَالَ نَعَمْ‏.‏ فَأَذِنَ لَهُمْ ـ قَالَ ـ فَدَخَلُوا وَسَلَّمُوا فَجَلَسُوا، ثُمَّ لَبِثَ يَرْفَا قَلِيلاً فَقَالَ لِعُمَرَ هَلْ لَكَ فِي عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ قَالَ نَعَمْ‏.‏ فَأَذِنَ لَهُمَا، فَلَمَّا دَخَلاَ سَلَّمَا وَجَلَسَا، فَقَالَ عَبَّاسٌ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ اقْضِ بَيْنِي وَبَيْنَ هَذَا‏.‏ فَقَالَ الرَّهْطُ عُثْمَانُ وَأَصْحَابُهُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ اقْضِ بَيْنَهُمَا، وَأَرِحْ أَحَدَهُمَا مِنَ الآخَرِ‏.‏ فَقَالَ عُمَرُ اتَّئِدُوا أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ الَّذِي بِهِ تَقُومُ السَّمَاءُ وَالأَرْضُ، هَلْ تَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ لاَ نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ ‏” ‏‏.‏ يُرِيدُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَفْسَهُ‏.‏ قَالَ الرَّهْطُ قَدْ قَالَ ذَلِكَ‏.‏ فَأَقْبَلَ عُمَرُ عَلَى عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ فَقَالَ أَنْشُدُكُمَا بِاللَّهِ هَلْ تَعْلَمَانِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ذَلِكَ قَالاَ قَدْ قَالَ ذَلِكَ‏.‏ قَالَ عُمَرُ فَإِنِّي أُحَدِّثُكُمْ عَنْ هَذَا الأَمْرِ، إِنَّ اللَّهَ كَانَ خَصَّ رَسُولَهُ صلى الله عليه وسلم فِي هَذَا الْمَالِ بِشَىْءٍ لَمْ يُعْطِهِ أَحَدًا غَيْرَهُ، قَالَ اللَّهُ ‏‏{‏مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْهُمْ فَمَا أَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ مِنْ خَيْلٍ‏}‏ إِلَى قَوْلِهِ ‏{‏قَدِيرٌ‏}‏‏.‏ فَكَانَتْ هَذِهِ خَالِصَةً لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَاللَّهِ مَا احْتَازَهَا دُونَكُمْ وَلاَ اسْتَأْثَرَ بِهَا عَلَيْكُمْ، لَقَدْ أَعْطَاكُمُوهَا وَبَثَّهَا فِيكُمْ، حَتَّى بَقِيَ مِنْهَا هَذَا الْمَالُ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُنْفِقُ عَلَى أَهْلِهِ نَفَقَةَ سَنَتِهِمْ مِنْ هَذَا الْمَالِ، ثُمَّ يَأْخُذُ مَا بَقِيَ، فَيَجْعَلُهُ مَجْعَلَ مَالِ اللَّهِ، فَعَمِلَ بِذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَيَاتَهُ، أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ، هَلْ تَعْلَمُونَ ذَلِكَ قَالُوا نَعَمْ‏.‏ قَالَ لِعَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ أَنْشُدُكُمَا بِاللَّهِ هَلْ تَعْلَمَانِ ذَلِكَ قَالاَ نَعَمْ‏.‏ ثُمَّ تَوَفَّى اللَّهُ نَبِيَّهُ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا وَلِيُّ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَبَضَهَا أَبُو بَكْرٍ يَعْمَلُ فِيهَا بِمَا عَمِلَ بِهِ فِيهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَنْتُمَا حِينَئِذٍ ـ وَأَقْبَلَ عَلَى عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ ـ تَزْعُمَانِ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ كَذَا وَكَذَا، وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَنَّهُ فِيهَا صَادِقٌ بَارٌّ رَاشِدٌ تَابِعٌ لِلْحَقِّ، ثُمَّ تَوَفَّى اللَّهُ أَبَا بَكْرٍ فَقُلْتُ أَنَا وَلِيُّ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبِي بَكْرٍ، فَقَبَضْتُهَا سَنَتَيْنِ أَعْمَلُ فِيهَا بِمَا عَمِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبُو بَكْرٍ، ثُمَّ جِئْتُمَانِي وَكَلِمَتُكُمَا وَاحِدَةٌ وَأَمْرُكُمَا جَمِيعٌ، جِئْتَنِي تَسْأَلُنِي نَصِيبَكَ مِنِ ابْنِ أَخِيكَ، وَأَتَى هَذَا يَسْأَلُنِي نَصِيبَ امْرَأَتِهِ مِنْ أَبِيهَا، فَقُلْتُ إِنْ شِئْتُمَا دَفَعْتُهُ إِلَيْكُمَا عَلَى أَنَّ عَلَيْكُمَا عَهْدَ اللَّهِ وَمِيثَاقَهُ لَتَعْمَلاَنِ فِيهَا بِمَا عَمِلَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَبِمَا عَمِلَ بِهِ فِيهَا أَبُو بَكْرٍ، وَبِمَا عَمِلْتُ بِهِ فِيهَا، مُنْذُ وُلِّيتُهَا، وَإِلاَّ فَلاَ تُكَلِّمَانِي فِيهَا فَقُلْتُمَا ادْفَعْهَا إِلَيْنَا بِذَلِكَ‏.‏ فَدَفَعْتُهَا إِلَيْكُمَا بِذَلِكَ، أَنْشُدُكُمْ بِاللَّهِ هَلْ دَفَعْتُهَا إِلَيْهِمَا بِذَلِكَ فَقَالَ الرَّهْطُ نَعَمْ‏.‏ قَالَ فَأَقْبَلَ عَلَى عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ فَقَالَ أَنْشُدُكُمَا بِاللَّهِ هَلْ دَفَعْتُهَا إِلَيْكُمَا بِذَلِكَ قَالاَ نَعَمْ‏.‏

قَالَ أَفَتَلْتَمِسَانِ مِنِّي قَضَاءً غَيْرَ ذَلِكَ، فَوَالَّذِي بِإِذْنِهِ تَقُومُ السَّمَاءُ وَالأَرْضُ لاَ أَقْضِي فِيهَا قَضَاءً غَيْرَ ذَلِكَ، حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ، فَإِنْ عَجَزْتُمَا عَنْهَا فَادْفَعَاهَا فَأَنَا أَكْفِيكُمَاهَا‏.

Seseorang Menyimpan Makanan Setahun Untuk Ahli Keluarganya Dan Bagaimana Perbelanjaan Kepada Anak-Pinak .

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu ‘Uyainah, katanya, Ma’mar berkata kepadaku, Thauri berkata kepadaku: Adakah engkau ada mendengar (sesuatu hadith) berkenaan dengan seseorang yang menyimpan untuk ahli keluarganya makanan setahun atau setengah tahun? Ma’mar bekata, tidak terlintas dalam fikiranku. Kemudian aku menyebutkan satu hadith yang telah diceritakan oleh Ibnu Syihab kepada kami daripada Malik bin Aus daripada Umar bahawa Nabi s.a.w. menjual tamar Bani Nadhir dan dia menyimpan untuk ahli keluarganya makanan untuk setahun. (Sahih al-Bukhari – Hadith no. 5357).

Hadith Kedua – Ibnu Syihab meriwayatkan katanya Malik bin Aus bin Al-Hadathan menceritakan kepadaku, Muhammad bin Jubair bin Mut’in telah menceritakan kepadaku sedikit daripada hadithnya. Akupun pergi hingga aku masuk menemui Malik bin Aus bin Al-Hadathan. Aku pun bertanya dia. Malik berkata, saya pergi sehingga saya masuk menemui Umar. Tiba-tiba datang kepadanya penjaga pintu rumahnya iaitu Yarfa’ (dan berkata), “Mahukah engkau bertemu Uthman, Abdur Rahman, Zubair dan Saad? Mereke meminta izin untuk bertemu tuan”. Umar berkata, “Ya, boleh”. Diapun mengizinkan untuk mereka (masuk). Kata perawi (Malik bin Aus bin Al-Hadathan), mereka pun masuk dan memberi salam lalu duduk. Tidak lama kemudian, Yarfa’ pun datang berkata kepada Umar, “Mahukah engkau bertemu dengan Ali dan Abbas?”. Umar berkata, “Boleh”. Dia pun mengizinkan untuk mereka. Lalu merekapun masuk, memberi salam dan duduk. Abbas berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Selesaikanlah perkara (kes) di antara saya dan dia (Ali)”. Kumpulan Sahabat-Sahabat yang terdiri daripada Uthman dan kawan-kawannya berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Putuskanlah perkara di antara mereka dan tenangkanlah masing-masing terhadap yang lain”. Umar berkata, “Bertenanglah kamu! Saya hendak bertanya kepada kamu dengan nama Allah yang dengan kebenaran-Nya tertegak langit dan bumi ini. Adakah kamu tahu memang Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Kami tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan menjadi sedekah”. Rasulullah s.a.w. maksudkan dirinya. Berkata kumpulan Sahabat itu, “Memang! Rasulullah s.a.w. pernah berkata begitu”. Umar pun mengadap Ali dan Abbas.

[RINGKASAN] Seseorang Menyimpan Makanan Setahun Untuk Ahli Keluarganya Dan Bagaimana Perbelanjaan Kepada Anak-Pinak
Hadith Pertama – 1. Seseorang boleh menyimpan makanan (atau harta, duit seumpamanya) untuk keperluan keluarganya selama setahun. Perbelanjaan ini boleh diberi dalam tempoh masa yang sesuai bergantung di atas kemampuan seseorang. Yang penting ianya dapat menampung keperluan keluarga yang ditanggungnya.

2. Menyimpan makanan atau harta untuk keperluan masa depan tidak bercanggah dengan konsep tawakkal malah ianya bertepatan dengan kehendak tawakkal di mana seseorang berusaha dan merancang sebelum menyerahkannya kepada Allah. Ini membantah sikap sesetengah ahli agama yang hidup secara kepaderian yang menolak kemewahan dan kesenangan dunia malah langsung tidak ingin merancang masa depan. Mereka (contohnya sami Budha dan Hindu) hidup dengan meminta-minta dan mengharapkan sumbangan dari orang ramai.

3. Tawakkal dalam Islam tidak bermakna tidak membuat persiapan dan perancangan dan membiarkan nasib keluarga tanpa berusaha dan berserah nasib kepada tuhan semata-mata. Tawakkal yang sebenar ialah membuat persiapan dabn perancangan dan seterusnya menyerahkannya kepada Allah.

4. Menyimpan makanan untuk sesuatu tempoh dan membuat perancangan untuk masa depan tidak menjatuhkan darjat seseorang. Walaupun kita mempunyai kekuatan fizikal dan ketahanan jiwa untuk menghadapi cabaran ujian dan kesusahan, kita perlu juga memikirkan keadaan orang sekeliling kita terutamanya orang yang kita tanggung.

5. Hadith ini menjadi dalil bahawa boleh dan elok disimpan makanan (atau perbelanjaan) dan membuat persediaan untuk masa depan. Dalam kisah Nabi Yusuf, makanan disimpan selama tujuh tahun. Semakin besar sesuatu institusi (contohnya, sebuah kerajaan) perancangan hendaklah dalam tempoh yang lebih panjang. Perancangan dan persediaan ini adalah untuk semua hal, tidak terhad kepada hal-hal ekonomi (atau makanan) sahaja.

6. Hadith ini juga menolak fahaman golongan tasawwuf yang menyeleweng yang mengatakan tidak boleh menyimpan makanan yang ada pada hari ini untuk esok. Kita hendaklah mengikut sunnah yang dtunjukkan oleh Nabi s.a.w. dan menolak kitab-kitab tasawwuf atau lain-lain kitab yang bercanggah dengan ajaran Nabi. Sesuatu yang bercanggah dengan sunnah Nabi akan memporak-perandakan hidup.

7. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiada (cara hidup) kepaderian dalam Islam”. Antara ciri-ciri hidup kepaderian ialah enggan makan sedap, tidak mahu kahwin dan seumpamanya yang mana ianya bercanggah dengan amalan Nabi dan Sahabat-Sahabat rhum. Kehidupan kepaderian akan menyebabkan seseorang hilang atau enggan mengambil tanggungjawab terhadap orang sekelilingnya sedangkan maksud manusia dijadikan ialah untuk menjadi khalifah di muka bumi dengan membina tamaddun dan memimpin dunia.

8. Pengikut tasawwuf mendakwa orang yang menyimpan makanan untuk esok berburuk sangka dengan tuhan dan tidak bertawakkal dengan sebenar-benar tawakkal kepada Allah s.w.t. Mereka merujuk kepada hadith Nabi yang mengatakan Nabi tidak menyimpan sesuatu (makanan) sehingga esok. Imam as-Suyuti menjelaskan hadith Nabi tidak menyimpan sesuatu untuk esok adalah berkaitan keperluan dirinya tetapi Baginda menyimpan untuk orang yang di bawah tanggungannya. Maksud Nabi tidak menyimpan sesuatu untuk dirinya ialah berkaitan perkara-perkara mewah (melebihi keperluan) dan Baginda tidak menyimpan sesuatu yang mana orang lain lebih memerlukannya.

9. Bagaimanakah perbelanjaan kepada anak-pinak harus diuruskan? Perbelanjaan ini hendaklah diberi mengikut keperluan dan juga kemampuan kita. Ianya mungkin diberi setiap hari, setiap minggu, setiap bulan atau sekali setahun. Bagaimana ianya dilaksanakan adalah atas kebijaksanaan kita.

10. Nabi s.a.w. menyimpan buah tamar atau hasil dari jualan buah tamar dari kebun Yahudi Bani Nadhir yang menjadi harta fai’ (harta yang dirampas dari musuh Islam tanpa berlaku peperangan). Hadith Kedua – 11. Hadith ini ialah versi penuh kepada hadith pertama di mana di dalamnya terkandung kenyataan Nabi s.a.w. menyimpan makanan untuk keperluan keluarganya untuk tempoh setahun. Hadith ini juga menunjukkan bahawa kita boleh menyibukkan diri dan mengambil berat untuk mencari atau memperolehi harta untuk tujuan menyara keluarga.

Leave a comment