VIDEO – [Durasi – 7m 45s] – [HADITH TEMATIK – NAFKAH] – Siri 2 – Kewajipan Memberi Perbelanjaan Kepada Ahli Keluarga
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/fxlq99FLDyA ]
Video penuh asal – Sahih Bukhari (Kitab Perbelanjaan Keluarga) – • Sesi 1 – Kelebihan Memberi Nafkah Kepada A…
[KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – KEWAJIPAN MEMBERI PERBELANJAAN KEPADA AHLI KELUARGA (ISTERI DAN ANAK-PINAK)
باب وُجُوبِ النَّفَقَةِ عَلَى الأَهْلِ وَالْعِيَالِ .
حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، حَدَّثَنَا أَبُو صَالِحٍ، قَالَ. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: «خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَالْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ»، تَقُولُ الْمَرْأَةُ: إِمَّا أَنْ تُطْعِمَنِي وَإِمَّا أَنْ تُطَلِّقَنِي، وَيَقُولُ الْعَبْدُ: أَطْعِمْنِي وَاسْتَعْمِلْنِي، وَيَقُولُ الْوَلَدُ: إِلَى مَنْ تَتْرُكُنِي؟ فَقَالُوا: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، أَسَمِعْتَ هَذَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم؟ قَالَ: «لاَ، هَذَا مِنْ كَيْسِي أَبِي هُرَيْرَةَ»» .
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ، قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ، قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ خَالِدِ بْنِ مُسَافِرٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنِ ابْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ ”
Kewajipan Memberi Perbelanjaan Kepada Ahli Keluarga (Isteri Dan Anak-Pinak)
Hadith Pertama – Diriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya, Nabi s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik sedekah itu yang meninggalkan kekayaan selepas diberikan. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Mulakan dengan orang yang engkau tanggung”. “Perempuan (si isteri) berkata: Sama ada engkau memberi makan kepada saya, atau engkau ceraikan saya. Si hamba berkata: Berilah makan kepada saya dan gunalah saya untuk apa-apa pekerjaan. Si anak berkata: Beri makanlah kepada saya, kepada siapa engkau akan biarkan saya?”. Mereka berkata, “Wahai Aba Hurairah! Adakah engkau dengar ini daripada Rasulullah s.a.w.?”. Katanya, “Tidak! Ini daripada pundi-pundi Abu Hurairah” (Sahih al-Bukhari, Hadith 5355).
Hadith Kedua – Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik sedekah itu ialah sedekah yang meninggalkan kekayaan di belakang. Dan mulakan dengan orang yang engkau tanggung” (Sahih al-Bukhari, Hadith 5356).
[RINGKASAN] Kewajipan Memberi Perbelanjaan Kepada Ahli Keluarga (Isteri Dan Anak-Pinak)
Hadith Pertama
1. Sebaik-baik sedekah ialah selepas memberi sedekah masih ada harta yang berbaki yang mana orang yang bersedekah tidak memerlukan bantuan kebendaan dari orang lain.
2. Tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah, iaitu, tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. Kita boleh juga mengatakan, orang yang mengajar adalah lebih baik dari orang yang belajar, orang yang memerintah lebih baik dari orang yang diperintah atau orang yang membuat (atau pengeluar) sesuatu barang adalah lebih baik daripada pengguna. Antara sebab umat Islam lemah ialah kita berpada sebagai “tangan yang di bawah”, yang menerima, yang miskin, yang diperintah dan seumpamanya.
3. Mulakan bersedekah (berbelanja) dengan orang yang kita tanggung, iaitu isteri, anak-anak dan sesiapa yang di bawah tanggungan kita. Jika kita tidak menunaikan tanggungjawab sebagaimana perintah Nabi s.a.w. ini, kemungkinan berikut akan berlaku, i. isteri akan meminta dia diberi makan (belanja) atau dia diceraikan, ii. hamba meminta supaya dia diberi makan supaya dia boleh bekerja dan berkhidmat kepada tuannya, iii. anak akan berkata, beri makanlah kepadanya, kalau tidak siapakah lagi yang akan bertanggungjawab memberi makan kepadanya. Ayah yang mengabaikan tanggungjawabnya kepada anaknya boleh meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada anaknya sehingga menyebabkan dia benci kepada ayahnya.
4. Islam suka umatnya supaya kuat dan bermanfaat kepada orang lain. Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna kepada orang lain.
5. Ada orang bertanya kepada Abu Hurairah adakah (bahagian kedua, iaitu: kata-kata isteri, hamba dan anak) dia dengar daripada Nabi s.a.w. Abu Hurairah menidakkannya sambil mengatakan ianya adalah dari dirinya sendiri. Ada dua kemungkinan daripada penafian Abu Hurairah, iaitu,
i. memang ianya dari Abu Hurairah sendiri atau,
ii. sebenarnya ianya juga datang daripada Nabi s.a.w. tetapi dibantah secara gurauan oleh Abu Hurairah kerana seoah-olah mereka “mempertikaikannya”.
Hadith Kedua –
6. Sebaik-baik sedekah ialah sedekah yang masih mengekalkan orang yang memberi sedekah itu sebagai orang yang kaya (yang tidak memerlukan bantuan kebendaan dari orang lain).
7. Dalam satu hadith, Nabi s.a.w. melarang dari menyedekahkan semua harta tetapi menghadkannya kepada satu pertiga sahaja dari harta seseorang. Tetapi ada Sahabat yang memberi semua hartanya untuk Islam dan Nabi s.a.w. tidak membantah. Ini adalah kerana Baginda tahu bahawa Sahabat tersebut mempunyai kesanggupan di segi mental dan fizikal. Adalah diketahui bahawa dari hadith-hadith seumpama ini bahawa had untuk bersedekah, berwasiat dsb adalah satu pertiga daripada keseluruhan harta.
8. Mulakan bersedekah dengan orang yang kita tanggung.
