[HAJI & UMRAH]- Siri 4 – Tiada “Sarurah” (Ajaran Supaya Meninggalkan Ibadat Haji) Dalam Islam

VIDEO – [Durasi – 3m 32s] – [HAJI & UMRAH]- Siri 4 – Tiada “Sarurah” (Ajaran Supaya Meninggalkan Ibadat Haji) Dalam Islam

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/VSkoAM1boxI ]

Video penuh asal –    • Sesi 2 – Seorang Perempuan Mengerjakan Haj…   (Sunan Abi Daud – Kitab Manasik)

[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – TIDAK ADA “SARURAH” (AJARAN SUPAYA MENINGGALKAN IBADAT HAJI) DALAM ISLAM

باب ‏”‏ لاَ صَرُورَةَ ‏”‏ فِي الإِسْلاَمِ

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ، – يَعْنِي سُلَيْمَانَ بْنَ حَيَّانَ الأَحْمَرَ – عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، عَنْ عُمَرَ بْنِ عَطَاءٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ لاَ صَرُورَةَ فِي الإِسْلاَمِ ‏”‏

Tidak Ada “Sarurah” (Ajaran Supaya Meninggalkan Ibadat Haji) Dalam Islam. Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak ada meninggalkan haji dalam Islam”

[RINGKASAN] Tidak Ada “Sarurah” (Ajaran Supaya Meninggalkan Ibadat Haji) Dalam Islam .

1. Tidak ada “sarurah” dalam Islam. Ada tiga makna untuk perkataan “sarurah” yang diberikan oleh ulama’ iaitu,

i. pertama, tidak ada kehidupan “kepaderian” dalam Islam iaitu ajaran seperti enggan berkahwin, menolak kesenangan hidup, meninggalkan makanan yang lazat-lazat dan seumpamanya.

ii, makna kedua, tidak ada ajaran supaya meninggalkan ibadat haji dalam Islam. Makna inilah yang lebih sesuai dalam perbincangan ini, iaitu bab haji.

iii. makna ketiga, seorang yang melakukan perbuatan jenayah di luar tanah haram lalu dia pergi ke Mekah untuk mengelakkan dari dihukum dan mengisytiharkan dirinya sebagai seorang “saruri”. Dalam Islam dia boleh dihukum kerana kesalahan jenayah yang dilakukannya di dalam atau di luar tanah haram, bergantung di mana kesalahan tersebut dilakukan.

2. Hadith ini menunjukkan bahawa ibadat haji adalah tuntutan dan ajaran agama.

Leave a comment