VIDEO – [Durasi – 4m 55s] – [HAJI & UMRAH] – Siri 5 – Berbekal Untuk Haji & Berniaga Semasa Mengerjakan Haji [HADITH TEMATIK]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/vWL0U9wVCls ]
Video penuh asal – • Sesi 2 – Seorang Perempuan Mengerjakan Haj… (Sunan Abi Daud – Kitab Manasik)
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – (BERBEKAL UNTUK HAJI DAN) BERNIAGA SEMASA MENUNAIKAN HAJI
. باب التَّزَوُّدِ فِي الْحَجِّ
أَحْمَدُ بْنُ الْفُرَاتِ، – يَعْنِي أَبَا مَسْعُودٍ الرَّازِيَّ – وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْمُخَرِّمِيُّ – وَهَذَا لَفْظُهُ – قَالاَ حَدَّثَنَا شَبَابَةُ، عَنْ وَرْقَاءَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ كَانُوا يَحُجُّونَ وَلاَ يَتَزَوَّدُونَ – قَالَ أَبُو مَسْعُودٍ كَانَ أَهْلُ الْيَمَنِ أَوْ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ يَحُجُّونَ وَلاَ يَتَزَوَّدُونَ – وَيَقُولُونَ نَحْنُ الْمُتَوَكِّلُونَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ { وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى } الآيَةَ باب التِّجَارَةِ فِي الْحَجِّ
حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ { لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلاً مِنْ رَبِّكُمْ } قَالَ كَانُوا لاَ يَتَّجِرُونَ بِمِنًى فَأُمِرُوا بِالتِّجَارَةِ إِذَا أَفَاضُوا مِنْ عَرَفَاتٍ .
Berbekal Untuk Haji & Berniaga Semasa Mengerjakan Haji
Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya, orang ramai mengerjakan haji dengan tidak berbekal (membawa bekal). Abu Mas’ud berkata: (Beberapa) Orang Yaman mengerjakan haji dengan tidak membawa bekal. Mereka berkata, “Kita bertawakkal”. Maka Allah menurunkan firman-Nya, “Berbekallah kamu. Sebaik-baik bekal itu adalah taqwa”.
Hadith Kedua – Riwayat daripada Ibnu Abbas, katanya (dia membaca ayat 198, Surah al-Baqarah), “Tidak menjadi kesalahan kepada kamu untuk mencari limpah kurnia tuhanmu”. Katanya, “Mereka dahulu tidak mahu berniaga di Mina kerana itu diperintahkan (disuruh) mereka berniaga apabila mereka berlepas dari (meninggalkan) Arafah”.
[RINGKASAN] Berbekal Untuk Haji & Berniaga Semasa Mengerjakan Haji
1. Orang-orang dari Yaman datang mengerjakan haji tanpa membawa bekal. Mereka berkata. “Kita bertawakkal”. Lalu Allah menurunkan ayat al-Quran yang bermaksud, “Dan hendaklah kamu berbekal; maka sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah taqwa”, (Surah al-Baqarah, ayat 197). Perbuatan tidak membawa bekal adalah salah dan bercanggah dengan ajaran Islam. Kita perlu menghayati apakah maksud sebenar konsep “tawakkal”. Membawa bekal tidak bercanggah dengan konsep tawakkal bahkan Allah suruh kita membawa bekal. Tawakkal sebenarnya adalah sifat hati.
2 Berbekal semasa mengerjakan haji tidak semestinya cukup sepenuhnya untuk perbelanjaan haji. Kita boleh berniaga semasa dalam perjalanan untuk mengerjakan haji untuk mencukupkan bekalan.
3. Adalah harus berniaga dalam masa mengerjakan haji. Di zaman jahiliyyah orang ramai berniaga semasa mengerjakan haji tetapi di permulaan Islam, orang ramai teragak-agak untuk berniaga semasa mengerjakan haji. Mereka takut untuk mencampurkan urusan ibadat (haji) dengan urusan dunia (berniaga).
4. Islam tidak mengajar tidak boleh mencampurkan perkara dunia ketika beribadat. Di zaman ini, ada perniagaan seperti agensi pelancongan (travel agent) yang menguruskan jemaah haji dan umrah. Di musim haji, kita boleh membawa barang-barang untuk berdagang semasa mengerjakan haji. Ibadat tidak menghalang kita dari terlibat dengan perkara-perkara dunia.
