VIDEO – [Durasi – 4m 20s] – [BERPEGANG TEGUH] – Siri 4 – Rasulullah Dan Abu Bakar – Dua Orang Yang Diikuti [HADITH TEMATIK]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xPHf4QVJKo4 ]
Video penuh asal – • Sesi 1 – Berpegang Teguh Dengan Kitab Dan … & • Sesi 2 – Mengikut Sunnah-sunnah Rasulullah… (Sahih al-Bukhari – Kitab Berpegang Teguh)
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-tematik-berdasarkan-tema/ ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – RASULULLAH S.A.W. DAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A. – DUA ORANG YANG DIIKUTI
باب الاِقْتِدَاءِ بِسُنَنِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَبَّاسٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ وَاصِلٍ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، قَالَ جَلَسْتُ إِلَى شَيْبَةَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ قَالَ جَلَسَ إِلَىَّ عُمَرُ فِي مَجْلِسِكَ هَذَا فَقَالَ هَمَمْتُ أَنْ لاَ أَدَعَ فِيهَا صَفْرَاءَ وَلاَ بَيْضَاءَ إِلاَّ قَسَمْتُهَا بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ. قُلْتُ مَا أَنْتَ بِفَاعِلٍ. قَالَ لِمَ. قُلْتُ لَمْ يَفْعَلْهُ صَاحِبَاكَ قَالَ هُمَا الْمَرْآنِ يُقْتَدَى بِهِمَا.
Rasulullah s.a.w. Dan Abu Bakar as-Siddiq r.a. – Dua Orang Yang Diikuti Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abi Wa’il, beliau berkata: Aku duduk mengadap Syaibah di masjid ini (Masjidil Haram). Beliau berkata, beliau telah duduk mengadap Umar di tempat engkau ini. Maka Umar berkata, “Aku benar-banar ingin tidak meninggalkan apa-apa pun daripada emas dan perak yang terdapat di dalamnya (Kaabah) melainkan aku bahagi-bahagikannya di antara orang-orang Islam”. Akupun (Syaibah) berkata, “Engkau tidak akan melakukannya”. Beliau berkata, “Kerana aku telah berkata kepadanya, itu tidak dilakukan oleh dua orang sahabatmu”. Umar berkata, “Merekalah dua orang yang diikuti (atau, yang kami ikuti)”.
[RINGKASAN] Rasulullah s.a.w. Dan Abu Bakar as-Siddiq r.a. – Dua Orang Yang Diikuti.
1. Ketika duduk di dalam Masjidil Haram, Abi Wa’il menceritakan bahawa Syaibah pernah menceritakan kepadanya bahawa Saidina Umar r.a. pernah berkata kepadanya bahawa beliau ingin sekali membahagi-bahagikan emas dan perak yang ada di dalam Kaabah kepada orang-orang Islam. Syaibah berkata kepada Saidina Umar bahawa beliau (Saidina Umar) tidak akan melakukannya kerana sebelum itu Syaibah pernah mengingatkan Saidina Umar bahawa perkara itu tidak dilakukan oleh Rasulullah atau Saidina Abu Bakar. Saidina Umar r.a. akur sambil berkata bahawa mereka (Rasulullah dan Saidina Abu Bakar) adalah dua orang yang diikuti.
2. Di zaman jahiliyah, dinding Kaabah dihiaskan dengan emas dan perak. Di zaman Rasulullah dan Saidina Abu Bakar, perhiasan ini dibiarkan tanpa diusik. Saidiina Umar faham benar bahawa perhiasan-perhiasan mewah ini tidak ada maknanya dan tidak diperlukan dalam beribadat. Yang penting dalam beribadat ialah keikhlasan dan khusyu’. Pada beliau, adalah elok jika emas dan perak itu dibahagi-bahagikan kepada orang-orang Islam untuk dimanfaatkan. Walaupun begitu, mengingat bahawa Rasulullah dan Saidina Abu Bakar tidak pernah melakukan apa-apa terhadap perhiasan tersebut dan membiarkan perhiasan tersebut di tempatnya, Saidina Umar lebih suka untuk menurut jejak langkah mereka berdua. Dia mengakui bahawa Rasululllah dan Saidina Abu Bakar ialah dua orang yang perlu diikuti dan dijadikan tauladan.
