VIDEO – [Durasi – 3m 2s] – [HAJI & UMRAH] – Siri 6 – Bab Tanpa Tajuk (Bersegera Mengerjakan Haji) [HADITH TEMATIK]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube –https://youtu.be/MV-Bi3Zb7dM ]
Video penuh asal – • Sesi 2 – Seorang Perempuan Mengerjakan Haj… (Sunan Abi Daud – Kitab Manasik)
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – BAB TANPA TAJUK (BERSEGERA MENGERJAKAN HAJI)
باب
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، مُحَمَّدُ بْنُ خَازِمٍ عَنِ الأَعْمَشِ، عَنِ الْحَسَنِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ مِهْرَانَ أَبِي صَفْوَانَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “ مَنْ أَرَادَ الْحَجَّ فَلْيَتَعَجَّلْ ”
Bab Tanpa Tajuk (Bersegera Mengerjakan Haji) .
Dengan sanadnya Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang hendak (mahu) mengerjakan haji maka hendaklah dilakukannya dengan segera”.
[RINGKASAN] Bab Tanpa Tajuk (Bersegera Mengerjakan Haji)
1. Ini adalah salah satu hadith yang dimasukkan dalam bab “tanpa tajuk”. Hadith ini ada kaitannya dengan hadith sebelum ini walaupun di dalam bab yang berlainan.
2. Nabi mengesyorkan supaya sesiapa yang cukup syarat untuk mengerjakan haji supaya bersegera menunaikannya. Ini adalah kerana dikhuatiri akan ada halangan di masa depan jika ianya ditangguh-tangguhkan. Halangan tersebut boleh jadi kita sakit, boleh jadi kenderaan yang kita ada hilang atau rosak, duit habis dibelanjakan dan mungkin juga kita ada keperluan lain yang mendesak. Oleh itu bersegeralah menunaikan haji jika sudah mampu.
3. Hadith ini menjadi dalil kepada ulama’ yang berpendapat bahawa adalah wajib segera menunaikan haji jika telah mampu.
4. Walaupun begitu ada ulama’ berpendapat tidak wajib segera menunaikan haji walaupun telah mampu. Mereka berpandukan hadith Nabi mengerjakan haji pada tahun kesepuluh walaupun ibadat haji difardhukan di tahun kelima (atau pendapat lain, tahun keenam atau kelapan). Pendapat ini dibantah oleh ulama’ yang berpendapat wajib segera mengerjakan haji kerana, kata mereka, Nabi s.a.w. lewat mengerjakan haji kerana mempunyai sebab tersendiri.
