[ZIKIR, DOA & TAUBAT] – Siri 6 – Orang suka bertemu dengan Allah, Allah juga suka bertemu dengannya

VIDEO – [Durasi – 11m 57s] – [ZIKIR, DOA & TAUBAT] – Siri 6 – Orang suka bertemu dengan Allah, Allah juga suka bertemu dengannya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/dIuMcwTmDDI ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Galakan Supaya Mengingati Allah &…   &    • Sesi 2 -Bersungguh Ketika Berdoa & Jangan …   – [Sahih Muslim (Kitab Zikir, Doa, Taubat & Istighfar)]

[KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-…%5D

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH – ORANG YANG SUKA BERTEMU DENGAN ALLAH, ALLAH JUGA SUKA BERTEMU DENGANNYA DAN ORANG YANG TIDAK SUKA BERTEMU DENGAN ALLAH, ALLAH JUGA TIDAK SUKA BERTEMU DENGANNYA

بَاب مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، حَدَّثَنَا قَتَادَةُ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ عُبَادَةَ، بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ ‏” ‏ ‏.‏‏

“‏ وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ، بَشَّارٍ قَالاَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ قَتَادَةَ، قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يُحَدِّثُ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِثْلَهُ

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الرُّزِّيُّ، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ الْحَارِثِ الْهُجَيْمِيُّ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ زُرَا رَةَ، عَنْ سَعْدِ بْنِ هِشَامٍ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ ‏”‏ ‏.‏ فَقُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ فَكُلُّنَا نَكْرَهُ الْمَوْتَ فَقَالَ ‏”‏ لَيْسَ كَذَلِكِ وَلَكِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا بُشِّرَ بِرَحْمَةِ اللَّهِ وَرِضْوَانِهِ

وَجَنَّتِهِ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ فَأَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا بُشِّرَ بِعَذَابِ اللَّهِ وَسَخَطِهِ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ وَكَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

حَدَّثَنَاهُ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكْرٍ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ، عَنْ قَتَادَةَ، بِهَذَا الإِسْنَادِ ‏حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ، عَنْ زَكَرِيَّاءَ، عَنِ الشَّعْبِيِّ، عَنْ شُرَيْحِ بْنِ هَانِئٍ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَالْمَوْتُ قَبْلَ لِقَاءِ اللَّهِ ‏” ‏ ‏

حَدَّثَنَاهُ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ، عَنْ عَامِرٍ، حَدَّثَنِي شُرَيْحُ بْنُ هَانِئٍ، أَنَّ عَائِشَةَ، أَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ بِمِثْلِهِ ‏.‏

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَمْرٍو الأَشْعَثِيُّ، أَخْبَرَنَا عَبْثَرٌ، عَنْ مُطَرِّفٍ، عَنْ عَامِرٍ، عَنْ شُرَيْحِ، بْنِ هَانِئٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَأَتَيْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَذْكُرُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حَدِيثًا إِنْ كَانَ كَذَلِكَ فَقَدْ هَلَكْنَا ‏.‏ فَقَالَتْ إِنَّ الْهَالِكَ مَنْ هَلَكَ بِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَمَا ذَاكَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ ‏”‏ ‏.‏ وَلَيْسَ مِنَّا أَحَدٌ إِلاَّ وَهُوَ يَكْرَهُ الْمَوْتَ ‏.‏ فَقَالَتْ قَدْ قَالَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلَيْسَ بِالَّذِي تَذْهَبُ إِلَيْهِ وَلَكِنْ إِذَا شَخَصَ الْبَصَرُ وَحَشْرَجَ الصَّدْرُ وَاقْشَعَرَّ الْجِلْدُ وَتَشَنَّجَتِ الأَصَابِعُ فَعِنْدَ ذَلِكَ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ ‏.‏

وَحَدَّثَنَاهُ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، أَخْبَرَنِي جَرِيرٌ، عَنْ مُطَرِّفٍ، بِهَذَا الإِسْنَادِ نَحْوَ حَدِيثِ عَبْثَرٍ ‏.‏حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَأَبُو عَامِرٍ الأَشْعَرِيُّ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدٍ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ ‏”‏ ‏.‏

Orang yang suka bertemu dengan Allah, Allah juga suka bertemu dengannya dan orang yang tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya

Hadith Pertama – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Ubadah bin As-Shamit bahawa Nabiyallah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang suka bertemu Allah, Allah suka bertemu dengannya dan sesiapa tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya”.

Hadith Kedua – Dengan sanadnya yang berbeza tetapi kandungan hadithnya sama (seperti hadith pertama)

Hadith Ketiga – Riwayat daripada ‘Aisyah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah akan suka bertemu dengannya. Sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya”. “Sayapun kata”, kata ‘Aisyah, “Wahai Nabiyallah! Apakah maksudnya, tidak sukakan mati? Kalau begitu, semua kita tidak sukakan mati”. Nabi s.a.w. menjelaskan, “Bukan begitu maksudnya tetapi orang mukmin apabila diberikan berita gembira akan mendapat rahmat Allah dan keredhaan-Nya, syurga-Nya, dia suka bertemu dengan Allah. Pada ketika itu Allah juga suka bertemu dengannya dan orang kafir apabila diberi berita akan mendapat azab Allah dan kemurkaan-Nya, dia tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya.

Hadith Keempat – Dengan sanadnya yang satu lagi, daripada ‘Aisyah, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “”Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah suka bertemu dengannya dan sesiapa tidak suka bertemu dengan Allah, Allah tidak suka bertemu dengannya. Mati itu sebelum bertemu dengan Allah lagi berlakunya”.

Hadith Kelima – Dengan sanad satu lagi, daripada ‘Aisyah, sama isi kandungannya seperti hadith sebelum ini (hadith Keempat)

Hadith Keenam – Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abi Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah akan suka bertemu dengannya, sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, Allah tidak suka bertemu dengannya. Kata Syuraih bin Hani’, “Aku pergi berjumpa dengan ‘Aisyah”. Aku berkata, “Wahai Ummul Mu’minin! Saya dengar Aba Hurairah menyebutkan dari Rasulullah s.a.w. suatu hadith. Kalau begitulah keadaannya, binasalah kita”. Kata ‘Aisyah, “Sesungguhnya orang yang binasa ialah orang yang binasa dengan sabda Rasulullah s.a.w.”. Syuraih berkata, “Apa itu?”. Kata perawi, “Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah akan suka bertemu dengannya dan sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, Allah tidak akan suka bertemu dengannya. Tidak ada sesiapapun di antara kita ini melainkan tidak suka akan kematian”. ‘Aisyah berkata, “Rasulullah s.a.w. memang telah bersabda begitu tapi maksudnya bukan seperti yang engkau faham. Maksudnya ialah, apabila mata seseorang sudah terbeliak dan nafasnya kencang dan bulu romanya berdiri tegak dan jari-jemarinya kejang (keras), pada masa itu maksudnya sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah akan suka bertemu dengannya. Sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya”.

Hadith Ketujuh – Dengan sanad satu lagi, hadith serupa dengan yang sebelum ini (hadith keenam).

Hadith Kelapan – Riwayat daripada Abi Musa daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda, “Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah akan suka bertemu dengannya dan sesiapa tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya”.

[RINGKASAN] Orang yang suka bertemu dengan Allah, Allah juga suka bertemu dengannya dan orang yang tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya

  1. Sesiapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah juga suka bertemu dengannya dan sesiapa yang tidak suka bertemu dengan Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Allah akan tunjukkan kepada orang yang hampir mati (nazak) tempatnya nanti di akhirat di mana orang yang taat ditunjukkan kepadanya syurga menyebabkan dia gembira untuk mati dan berjumpa Allah. Manakala orang kafir ditunjukkan kepadanya azab neraka menyebabkan dia tidak mahu mati dan tidak mahu berjumpa dengan Allah.
  2. Allah telah menetapkan peraturan bahawa orang yang beriman dan taat akan dibalas dengan syurga dan orang kafir akan dibalas dengan neraka. Sunnah yang Allah tetapkan ini adalah untuk menjadi panduan kepada manusia hidup di atas dunia ini. Allah mungkin mengampunkan sesetengah orang yang melakukan dosa dan maksiat tetapi ianya semata-mata rahmat Allah, oleh itu, jalan yang paling selamat dan terjamin ialah dengan mentaati perintah Allah dalam kehidupan ini.
  3. Syurga adalah tempat suci, mereka yang kotor dan berdosa tidak layak untuk tinggal di dalamnya. Neraka adalah tempat yang layak untuk orang yang kotor dan berdosa. Untuk memasuki syurga yang suci orang-orang yang kotor dengan dosa ini perlu dibersihkan, dan cara pembersihannya ialah dengan dibakar dengan api neraka, sebagaimana logam emas dibersihkan dari kotoran dengan dibakar dengan api.
  4. Di dunia ini manusia telah diberi amaran supaya tidak melakukan dosa dan maksiat, oleh itu mereka patut dihukum jika tetap juga melakukannya sebagaimana kita dikenakan denda dan hukuman jika melakukan kesalahan di dunia ini.
  5. Sayyidatina ‘Aisyah r.ha. bertanya Rasulullah s.a.w. adakah tidak suka berjumpa Allah itu bermaksud tidak suka mati. Nabi s.a.w. menjelaskan maksud sebenar hadith ini ialah bila dalam keadaan nazak (sebelum mati), orang mukmin bila diberitahu akan mendapat rahmat Allah, keredhaan-Nya, syurga dsb mereka gembira untuk berjumpa Allah dan begitulah sebaliknya orang kafir diberi berita akan mendapat seksaan, azab neraka, kemurkaan Allah, dia tidak suka untuk bertemu Allah dan tidak ingin mati dan berjumpa Allah.
  6. Balasan-balasan yang akan diterima seseorang ditunjukkan sebelum dia mati, oleh itu orang yang ditunjukkan balasan baik akan suka dan gembira untuk mati manakala orang yang ditunjukkan balasan buruk, tidak suka untuk mati. Apa yang ditayangkan kepada mereka semasa nazak, pada kita yang hidup ini mengambil masa yang singkat tetapi mungkin lama kepada orang yang akan mati tersebut.
  7. Azab kubur akan benar-benar dirasakan dan bukan sebagai mimpi.
  8. Syuraih bin Hani’ berjumpa Sayyidatina ‘Aisyah selepas mendengar hadith ini daripada Abu Hurairah. ‘Aisyah r.ha. menceritakan maksud “tidak suka bertemu dengan Allah” sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi s.a.w. kepadanya. Perkara ini berlaku ketika seseorang nazak di mana matanya terbeliak, nyawa kencang, bulu roma berdiri dan jari-jemari kejang dan keras.

Leave a comment